Thursday, December 10, 2009

Segalanya dengan kuasa Allah..

aku sangat tertarik dengan keratan akhbar ini... Subhanallah..

Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks


kini kehidupan Mustafa Abdullah semakin tenang dan mimpi ngeri di Penjara Guantanamo berjaya dilupakan berkat keyakinannya dengan ajaran Islam.


NAMA Terry Holdbrooks, mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh dunia mengenali beliau sebaik sahaja kisahnya tersiar dalam majalah Newsweek keluaran Mac lalu.

Kisahnya berjaya menyingkapkan banyak lagi 'kejahatan' yang diciptakan oleh Amerika Syarikat (AS) walaupun atas nama pusat tahanan.

Kem Tahanan Tentera Teluk Guantanamo Cuba diwujudkan bagi menjadi pusat pengumpulan hasil buruan AS dalam gerakan Perang Terhadap Keganasan (War On Terror) setelah pertahanan negara itu diaibkan dengan tragedi 11 September 2001.

Namun kepada Holdbrooks, seluruh hidupnya berubah 360 darjah apabila penjara yang 'wajib' ditutup itu akhirnya menjadi saksi lafaz kalimah syahadah dengan penuh ketulusan hati yang suci bersih untuk menerima Islam.

Tidakkah sebagai pengawal penjara, Holdbrooks bertanggungjawab untuk menyeksa para tahanan yang hampir kesemuanya umat Islam, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?

Seawal usia 19 tahun, pada musim panas tahun 2003, Holdbrooks melaporkan diri sebagai pengawal di Penjara Guantanamo itu. Usia mudanya diwarnai dengan kegemaran minum arak, mendengar muzik rock dan mencacahkan badan dengan segala macam tatu. Sebabnya, semua itu menjadi sebahagian kehidupan bagi mereka yang tidak mempercayai tuhan seperti anak muda ini!

Hanya setahun selepas itu, beliau menyebabkan banyak pihak terpana kehairanan, sekali gus memenangi hati dan menerima penghormatan daripada para tahanan apabila pada suatu malam yang hening, Holdbrooks memeluk Islam dengan kehadiran salah seorang tahanan yang menjadi mentornya selaku saksi.

Beliau yang kini lebih dikenali sebagai Mustafa Abdullah ketika ditemuramah oleh Newsweek memberikan penampilan yang cukup berbeza. Dengan mengenakan jubah panjang, berkopiah hitam, berjanggut tebal walaupun di bahagian kanan lengannya masih ketara tatu yang bertulis: By Demons Be Driven.

Mustafa yang dilahirkan di Arizona, AS, dibesarkan secara tidak sempurna apabila ibu bapanya berpisah ketika umurnya tujuh tahun.

Datuk dan neneknya yang dahulunya pengikut Hippies mengambil alih tanggungjawab sebagai orang tua kepada Mustafa.

Akibat tidak tahan dihimpit kemiskinan, di samping mempunyai keinginan yang kuat untuk menjenguk dunia yang lebih luas, akhirnya Mustafa menyertai pasukan tentera AS.

Beliau kemudiannya ditempatkan di 253rd Military Police Company bagi membantu kerja-kerja pentadbiran sebelum dihantar bertugas di penjara Guantanamo itu.

Sebelum dihantar ke sana, Mustafa mematuhi arahan mengikuti kursus dua minggu sebagai persediaan penting bagi menghadapi tugas dan suasana di penjara itu.

Kesemua petugas baru tersebut turut dibawa melawat ke tapak Ground Zero dan tidak sedikitpun dijelaskan mengenai Islam.

"Kami juga dikehendaki menyaksikan rakaman video kejadian 11/9 dan dihasut bahawa tahanan-tahanan Guantanamo yang bakal kami hadapi adalah paling teruk.

"Tahanan itu semua terdiri daripada pemandu Osama (ben Laden), tukang masak Osama dan pantang ada peluang semua mereka ini akan membunuh kamu, kata para pegawai tentera kepada kami," kata Mustafa.

Tanpa banyak soal, Mustafa hanya menelan apa sahaja doktrin-doktrin jahat itu. Namun setibanya beliau di penjara itu, pada hari pertama itu sahaja beliau terus dihurung pertanyaan.

"Ini apabila tahanan pertama yang saya temui hanyalah seorang budak berusia 16 tahun. Logikkah dalam usia semuda ini, budak itu dicap sebagai pengganas? Sedangkan budak ini tidak pernah kenal pun laut, malah lebih teruk lagi tidak tahu pun bahawa bumi ini adalah bulat," katanya.

Dalam hatinya Mustafa terus bergumpal dengan pelbagai pertanyaan soal kemungkinan anak itu mengetahui rencana dunia gagasan pemerintah AS bernama War on terror.

Di penjara itu, Mustafa menjalankan tugas-tugas seperti membersihkan kawasan, memungut sampah, memeriksa blok-blok tahanan bagi memastikan para tahanan tidak bertukar-tukar sebarang objek serta membawa tahanan disoal siasat di bangunan lain.

Namun tugas-tugas itu membolehkan Mustafa berbual-bual dengan para tahanan. Beliau pada masa itu tidak membataskan hubungan dengan sesiapa termasuk dengan para tahanan. Namun tidak dinafikan sikap sedemikian menyebabkan ada pihak yang kurang senang.

Beliau mengakui tidak mempunyai rasa hormat terhadap rakan-rakan sejawatan kerana mereka semua adalah kaki botol, kaki rokok, perkauman, terlalu taksub dan berfikiran sempit serta mematuhi segala arahan secara membuta tuli.

"Dalam tempoh beberapa bulan, saya tidak lagi bergaul dengan rakan-rakan setugas sehinggalah pada suatu hari ada yang datang mengugut.

"Holdbrooks, awak tahu apa yang akan kami lakukan hari ini? Kami akan pecahkan kepala seorang Taliban di depan kamu sebab kamu selalu simpati terhadap mereka dan kami sama sekali tidak suka dengan sikap kamu itu," kata seorang rakan sejawat Mustafa.

Di saat para pengawal di situ adalah kaki minum dan suka melihat gambar-gambar porno, Mustafa benar-benar ingin mengetahui bagaimana para tahanan di penjara yang bagai neraka dunia itu mampu bertahan dan sentiasa menghadiahkan senyuman terhadapnya.

"Saya langsung tidak mengenali Islam sehinggalah saya bertugas di penjara Guantanamo. Ia bagaikan satu kejutan budaya. Namun saya ingin belajar banyak perkara dan guru terbaik ketika itu adalah para tahanan itu sendiri.

Seronok

"Ini apabila saya banyak mengetahui mengenai politik, etika, moral dan mengenai kehidupan dan perbezaan budaya serta pelbagai lagi, sehinggakan kami mampu menghabiskan masa berjam-jam lamanya kerana seronok berbincang," kata Mustafa.

Pada mulanya sekadar ingin mengetahui, kini Mustafa menjadikan hari-harinya di penjara itu seperti berada di pusat pengajian dengan sekurang-kurangnya satu jam diperuntukkan untuk mempelajari mengenai Islam. Di samping beliau juga banyak belajar melalui laman sembang di Internet.

Di penjara itu, seorang tahanan yang dikenali sebagai 'Jeneral' yang berasal dari Maghribi, Ahmed Errachidi merupakan mentor kepada Mustafa. Ahmed Errachidi pernah menetap dan bertugas sebagai tukang masak di Britain selama 18 tahun.

'Jeneral' ditahan selama lima tahun di penjara itu hanya kerana beliau dikatakan pernah menjalani latihan ketenteraan Al-Qaeda. (Beliau kemudiannya dibebaskan setelah didapati tidak melakukan kesalahan).

"Saya dan Jeneral akan berbual berjam-jam lamanya, kami berbincang mengenai buku-buku yang dibaca, mengenai muzik, mengenai falsafah dan sehinggalah ke malam untuk kami berbicara mengenai agama pula," kata Mustafa.

Cukup enam bulan berada di penjara itu, Mustafa pada masa itu telah benar-benar bersedia. Pada 29 Disember 2003, dengan kehadiran 'Jeneral', beliau kemudiannya mengulangi dan melafazkan dua kalimah syahadah!

Maka pada tarikh itu mencatatkan seorang tentera AS yang diamanahkan mengawal tahanan yang kebanyakannya Muslim, akhirnya memeluk Islam.

Sejak itu, Mustafa berhenti minum arak, namun sukar baginya untuk menyempurnakan ibadat solat lima kali sehari semalam.

"Adalah sukar untuk saya mengerjakan solat tanpa rakan-rakan sejawat lain mengetahuinya kecuali saya selalu memberikan alasan saya hendak ke bilik air," jelasnya.

Namun hidup sebagai Islam kini lebih jauh menyeksakan Mustafa apabila beliau terus berhadapan dengan situasi-situasi tahanan-tahanan Islam yang diterus diseksa dengan pelbagai jenis dan tahap seksaan oleh para pegawai penjara.

"Telah menjadi tugas saya membawa para tahanan untuk disoal siasat dan menyaksikan sendiri mereka diseksa bagi memperoleh kononnya apa yang dikatakan sebagai maklumat.

"Saya melihat sendiri bagaimana tahanan yang diikat berjam-jam lamanya dengan kedudukan yang menakutkan kita melihatnya dalam sebuah bilik kecil yang sangat panas sehingga mencecah 50 hingga 60 darjah celsius," katanya.

Mustafa benar-benar tidak dapat menerima perbuatan kejam sesama manusia itu. Pada musim panas tahun berikutnya, iaitu pada 2004 Mustafa meninggalkan penjara itu dan dihentikan perkhidmatannya atas alasan menghadapi masalah kecelaruan personaliti yang teruk.

Sayangnya, Mustafa tidak mempunyai kekuatan dalaman bagi menghadapi segala macam yang berlaku ini. Apabila dipecat, beliau tenggelam punca dan tidak dapat menerima hakikat itu.

Beliau kembali kepada ketagihan arak sehingga perkahwinannya hancur dan hidupnya kembali berantakan.

"Semua ini akibat saya masih begitu diganggu mimpi-mimpi ngeri 'kehidupan' di penjara Guantanamo dan saya perlu mengambil masa sehingga tiga tahun lamanya untuk menghilangkan trauma Guantanamo daripada ingatan," katanya.

Kini beliau kembali semula kepada amalan dan ajaran Islam.

"Islam satu ajaran agama yang penuh disiplin, yang rejimennya merupakan satu kepercayaan yang teguh, yang menuntut segala usaha dan keyakinan yang kuat dan semua ini mungkin ditemui dalam dunia ketenteraan tetapi tidak sehebat sebagaimana yang ada dalam Islam," katanya.

Monday, December 7, 2009

M.A.D

Tetiba lak 2-3 menjak ni aku suke lagu ni..
layan jerk..

Shes starin at me
I'm sittin wonderin wat shes thinkin.
Nobodies talkin
Cause talkin just turns into screamin.

And now it's I'm yellin over her
She yellin over me.
All that means is neither of us is listening.
[and wats even worse]
That we don't even remember why were fighting.

So both of us are Mad for... Nothin
(Fighting for) Nothin
(Crying for) Nothin
But we won't let it go for Nothin
(No not for) Nothin
This should be nothin to a love like what we got
Ohh baby

I Know Sometimes It's gonna rain.
But baby can we make up now
Cause I can't
sleep through the pain.
(Can't sleep through the pain)

[Chorus:]
Girl I don't wanna go to bed (Mad at you)
And I don't want you to go to bed (Mad at me)
No I don't wanna go to bed (Mad at you)
And I don't want you to go to bed (Mad at me)

[Verse 2:]
And it get me upset
Girl when your constantly accusing.
(askin questions like you already know)
We fighting this war
Baby when both of us are losing.
(this ain't the way that love is supposed to go.)

(Wat happened to workin it out)
We've fall into this place
Where you ain't backin down
And I ain't backin down

[Chorus:]
[Bridge:]
Oh baby this love ain't gon be perfect.
(Perfect, perfect, ohh ohh)
And just how good it's gonna be
We can fuss and we can fight
Long as everythings all right between us...
Before we go to sleep.

Baby we're gonna be happy.

Friday, November 20, 2009

worried...

i'm worried cz i still dun have any idea...
i'm worried if it is too hard for me to do it...
i'm worried if i could not make it..
i'm worried if i'm not that strong to make it through..
i'm worried if i'm fail???
i'm worried if i make them upset..
i'm worried if...if..ohh..there r soo many things that i'm worried about..

ooo..my final year project..huhu...

Sunday, October 18, 2009

new things i've learned..

Heng jilat tangan aku..rase geli mcm org geletek je hehe
1st time naik kude...name kude ni TEJA
aku ngn si manje,HENG hehe

lame dah aku menyepi huhu..
mls pon ado nk nulih
ni baru brase rajin sket..
hermm..
xde ape..cume nak share sem ni aku blajo almost everything pasal kude..hehe
cz sem ni aku amik koku equestarian...:)
enjoy sangat2..
daripada teori sampaila praktikal..
so mls tulis banyak aku letak gambo je la eh..hehe..
t ade mase aku upload lg la..

Monday, August 10, 2009

Dah Namepun Student....

susahnye nak cari mase nak update blog aku ni...
huhu2 beginila kalu hidup sebgai seorang student yang mane xlari dari dateline2 yg melambak2 untuk dikejar...tambah2 pulak minggu depan dah start cuti pertengahan sem..
so faham2 jela..

Saturday, July 18, 2009

perkara itulah....

seme perkare yg menyesakkan kepale aku semenjak 2 menjak ni dah beransur hilang..satu persatu masalah aku berlalu...barula aku rase lega dan boleh berfikir dengan tenang..Antara yg membuat aku terganggu;
  • bile lupe bayar duit takaful..lege dah bayar tuk bulan ni
  • banyak kene tinggal class... aku ni jenis xsuke n xpenah senang duduk kalu kene tggl class..tp bile dah terpakse gni aku xboleh ngelak lg..kalu bukan aku yg tlg mak aku, sape lg..so xpela...aku tryla kejar balik ape yg aku tertinggal..
  • risau pikir mak aku kene drive sorang2 dtg tgk aku grad..tp kerisauan aku berkurang bile ain(anak jiran aku) sudi temnkan mak aku datang ke UDM ni..(thanx ain!)
  • geram bile si die degil xmo p klinik, demam tp xmngaku..hurmm..kalu dah lelaki tu bg2la..ego...tp seb baik pas membebel berbakul2 si die dgr jgk cakap aku nih..kalu x...ntahla...tatau nak pakse guane lg
  • takut sangat2 bile si die suh jumpe mak die pas mjlis konvo selesai...takut kalu kelakuan aku ni ade terkurang or xkene pd mate mak die..ntahla...xtau nak cakap perasaan aku ni mcmne...Tuhan sj yg tau,namun aku cb buat yg terbaik..tp aku agak lege bile mak die n mak aku bertemu..aku nampak mereka ok je... :)
  • lege bile mak aku selamat sampai umah pas tu..
  • lege jgk bile kakak aku cakap amani dah kuar wad..tp khamis ni kene g follow up balikla..
  • sedih bile gambar aku n kawan2 xbanyak time konvo...cz...perkara itula...huhu
  • stress bile pk aku xsempat catch up lg yng aku tertggl lam class...bile duk bz ngn konvo ni..tu yng aku doa biar cepat2 berlalu hari konvo UDM ni...biar semuanya kembali normal..
walau apepun yng membelenggu kepale aku ni, aku akan cube bangkit semula..aku paling takut kalu result aku jatuh mcm aku sem 1 dulu...fuh, mintak jauhla seme tu..aku nak jadi diri aku yng dulu..seorg yg rajin belajar, rajin p libry n rajin bertanyekan sesuatu pd lect..semoga aku berjaye mengharungi cabaran hidup sebagai seorg pelajar sekali lg...sebelum aku harus hadapi cabaran sbg seorg pekerja, isteri, ibu, nenek, moyang dsb...huhu

Wallahualam..

Thursday, July 9, 2009

Everything was a mess!

I feel like this new semester was really hard for me to handle.

Dunno y..huhu..

I feel like rushing in everything I do..

Can’t focus!

So many things running in my head

n bcz of that I’m tired already..

How can this thing happen...?

It is just the beginning..

Hope by next week everythg will b fine

So dat I can breath well again…

Thursday, June 4, 2009

baju cinta

ni ade member aku email nih..lawak2...

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"

"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.

" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami...

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.

"BAJU CINTA???..... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya.."

Tuesday, June 2, 2009

it's been a long time since.....


akhirnye aku sampai jugak kat johor setelah sekian lame aku xjejakkan kaki aku d sane. last time aku pegi mase tu umur aku around 6-8 tahun gitula...xbape ingat dah..apepun kali ni, aku n mak aku gilir2 drive g jalan umah abang aku kat sane..  sepanjang 3hr 2 malam aku kat sane, abg aku bawak p jalan2..antaranye:
  • makan ikan bakar kat restoran terapung tepi laut
  • p the ZOn
  • p danga Bay..kebetulan pulak ada Jom Heboh..
  • p JUSCO Tebrau City
  • umah pak sedare aku hehe..
walaupun kejap je (29-31MAY), tp berbaloila..yg penting mak aku gembira.. :)

Saturday, May 23, 2009

walking thru the hard times..


Fuh…Dah lame benor rasenye aku tinggalkan blog aku.. There are a lot of things that I want to share with since aku menyepi tanpa sebarang cerita ni. 1st ly, habis je final exam, I must serious in my training schedule. Dari pagi sampaila petang. Hermm, quite full la jugak n penat. Lagi pulak, hostel yang aku kene pindah tu xdapat wireless huhu..Aku kene start ‘incamp’ from 6-13May. Akhirnya, aku gembira pabila dibenarkan utk shoot distance pd 9/5 setelah asyik duk shoot form je dari 20/4,boring sungguh..mula2 70m then 60m. The next day plak 50m n 30m. bayangkan dengan training yg sebegitu aku kene pegi lawn nnti huhu mau tak berderau darah aku takut. Sehari sebelum bertolak kami adakan solat hajat semoga dipermudahkan segalanya oleh Ilahi. On 13 May 27, 2009 kami bertolak kira2 jam 10pm. Aku naik bas sekali ngn awok pingpong n tenis. Smpai d sana around 9am. Terus ke asrama Bank Muamalat. Petang kitorg dah start training. The formal training for archery starts on 16th May. On 17th May, the competition begins for 70m & 60m distance. Ohhhh…Only God knows how I feel when I’ve to shoot together with archer from UPM, the U which is well known in archery games. Well, that was in sequence CD(me=C,k.nas~UPM=D)..Nway, I feel very thankful because all score that I’ve got today are better than before. Even though I cannot beat their score, I can beat my own score hehe. That’s what coach told us to. The next day was for 50m & 30m distance. On this day, sight aku untuk 50m lari (bukan berlari2 k, tp mcm xkene g2la). I dunno y n how come huhu. Jadi score aku teruk gile..bile time 2nd round tu azimah suh aku adjust sight, then baru shoot aku back to normal tapi it could not help me enough to have a good score at the end of the distance. Upset sangat2. Then mase 30m aku cube buat yg terbaik then Alhamdulillah, score aku naik lg. kwn2 aku pun sm. Dah aku berbangge ngan team aku(dayah & zimah) cz kitorg dapat ranking ke-5 dr 7 team yg ade.. ok la kan untuk penyertaan kali pertame ngan latihan yg xsampai 2 bulan huhu..kalu nak banding ngan ranking 1st n 2nd mcm UPM n UiTM xblehla…diorang seme up to 5years experience huhu…ade yg player Mlaysia plak tu…so kami redhala di mana kami berada. Untuk ranking individu, aku ucapkan tahniah kepada sahabat seperjuangan aku. Alhamdulillah…sekurang2nya kami tidakla terlalu di bwah hehe. Aku 14,zimah 15 n dayah 20 over 30 recurve archers. ^-^.. 19th May, start pulak individual Olympic round. Pusingan pertama bg 1/30, aku beat archer UUM n aku menang. Dayah (beat USM) n Zimah(beat UM) pun menang sm. N pusingan kedua bg 1/16, aku beat archer UPM…then ape lg kalahla hua2…zimah pun kalah d tgn archer UPM n dayah pulak d tangan archer UiTM. Team lelaki yg boleh mara sampai 1/8 cume Lokman n Ardian then balik awalla jawabnye hehe..Last day, untuk ulympic round berpasukan. Team aku kalah ngan UM, ntah nape teruk sangat performance aku kali ni. Aku rase bersalah ngan Dayah n Zimah…Sorry gurls…bcoz of me, we could not make it. L.. kerana keupsetan aku yg teramat tu, aku pun berkemasla awal..yela, nak tggu ape lg kan..coach razak n en.zainurin pun dah balik.. tb2 name aku n dian naik kene masuk mix round. Kaget sebentar aku dibuatnya cz aku xpenah tau menahu pun ade acara nih. Dengan kalutnye aku pasang balik bow aku, then practice balik. Aku kene beat UiTM..mula2 kitorang leading ngn 1-0, then aku kalah tipis ngn diorg 3-2. Apepun hati aku puas cz sekurang2nya aku jugak meyumbangkan mata. J.  21hb kitorang bertolak balik, tp sggah kat padang besar dulu shopping.. skang ni aku nak rehat puas2 kat umah..ermmm..HOME SWEET HOME…. J


So..kesimpulannya…

Perkara yg aku suka sepjg game ni:

·         Pengalaman baru yg xdapat d mane2 n dapat sokongan padu dr fmily... :) 

·         Dapat main alat yg mahal..nak beli xmampu hehe (9k tu)

·         Berat aku naik wpun byk buat fitness ngeee

·         Usik Zimah hehe…cute gile die bile kene usik..( Zimah, jgn marah tau..)

·         Dapat perkataan2 br yg dicipta oleh budak2 yg terkeluar senarai spt (tujuh=tuzuh, turun tengok=tungok,tengok=tongok,penat n panas=penas,ringgit=lindit) tu la antara yg aku ingat hehe mcm2la korang nih… rosak bahase…

Perkara yg aku xsuke sepjg game ni:

  • ·         Dapat track suit XXL…gile ape????
  • ·         Kene tipu….(banyak sgt…pengurusan yg teruk)
  • ·         Hari2 asyik kene jalan kaki g balik lpg sasar…team lain bleh plak bas angkut..xadil betul!!
  • ·         Muke hitam mcm udang bakar…kl udang bakar tu blehla gak makan kn???kn???
  • ·         Tanah kat padang mcm sawah je..penat jalan lembik sangat
  • ·         Asyik gaduh je ngan si die…huhu ( so pasni aku bersarela..tumpu stdy plak..)

 

 

Sunday, April 26, 2009

Masih tercari2...

kelmarin aku baru habis paper Secure Web Application..wohoho...susah nyerr...nak2 yang soalan 20mark tu..hhu..soalan yang xterjangka..aku pun goreng je la semua yang ade dalam pale aku ni, kat paper tu..macam2 perasa aku letak walaupun xdiperlukan dalam soalan tu hua2.. harap encik tu considerla jawapan aku tu coz bukannye aku xmembace...aku membace la tu pasal tu aku boleh goreng walaupun hangit baunye hahahha...

frust2 jawab exam aku g padang jap...memanah 3-4 round then aku balikla...jap je lepaskan tekanan kat kepale aku nih...dahla si dia dah balik kolumpo...dio dah habis exam syoknyer..wah..rindunye nak balik umah...tp aku harus kuatkan semngat..masih banyak yang perlu aku perjuangkan..

sekarang ni ade 2 paper lg aku kene struggle betul2..Design Engineering n Software Testing dengan Human Computer Interaction..masing2 30 April ngn 3 Mei...then merdeka la...:)

herm...macamane agaknye nak stdy dengan cara yang betul??? kalu aku study aku msti buat nota untuk setiap bab dulu bg subjek2 yang aku nak exam tu..then aku highlight mane2 yang aku rase point die penting..then aku bace berulang kali...then aku cube tulis balik..
tapikan..nak bleh ke siap nota tu bleh tahan jugakla hik2..cz mate tak tahan lame..kadang2 mengantuk, so minum radix ke baru tahan sket mate ni..xpun aku sumbat tinge aku ngan earphone, dengarla lagu2 sket bagi segar mate nih...mesej2 ngn si dia ke sekejap..then focus balik ngn study..dan, apabila paper yang diambil tu makin hampir, aku akan bace skali lalu seme skali then bile dah depan pintu dewan aku xleh tengok dah..nnti aku nervous...huhu lg parah..kemudian langkahla dengan kaki kanan berserta lafaz Bismillah..mase nak hantar aku pun bertawakal kepada Allah SWT..moga ape yang aku jawab tu betul..

Monday, April 20, 2009

Cara nak install Hacmebank

ni aku dapat belajar dengan begitu susah payah bila aku dpt assgmnt ni..first dapat aku blurr sampaila hari present hu2...memang persembahan group aku teruk..tapi ape boleh buat..nasi dah jadi bubur..aku mnyesal atas kebodohan aku sepanjang buat projek ni..apepun,aku akan pastikan semua ini takkan berulang lagi untuk kesekian kalinya..

walaupun persembahan yang teruk, aku tetap mahu mengongsikan ape yang telah aku dapat sepanjang buat asgment pemberian en.kamal hilmi nih..

1) cara nak install Hacmebank..
  • keperluan yg anda mesti ade:
         - windows XP (software ni xsupport vista)
         - MSSQL server dekstop engine
         - installer Hacmebank (from foundstone.com)
         - microsoft.net 1.1
  • Cara-caranya:
  1. enable dulu IIS (internet info Services), boleh didapati pd control panel>>add/remove prgm>>add/remove windows cmponent..
  2. enable semua sekali(bukan hanya IIS sahaja), then click pd IIS>>details.. click pd WWW Service>>details, then uncheck Printers Virtual Directory..
  3. click ok>>ok>>next [ to complete the installation..CD windows XP sp3 diperlukan..
  4. after that, click ok then installation shud b success.
  5. then install pulak microsoft.net 1.1..
  6. next, utk register .NET Framework dgn IIS yg baru di install td, taip command seperti tertera: c:windows\microsoft.net\framework\v1.1.4322\aspnet_regiis -i
  7. setelah selesai, install pula MSSQL server (MSDE 2000 Release A). 
  8. Taip command spt di bawah pd command prompt: c:\MSDERelA\Setup SAPWD=HacmeBank SECURITYMODE=MIXED DISABLENETWORKPROTOCOLS=0
  9. When the installation completed, just go ahead n start the service: net start MSSQLSERVER
  10. Now, u can install the HacmeBank. Unpack the file that u downloaded. Then, 1st install the website by clicking at "Foundstone Hacme Bank Website Setup v2.0 .msi". Just accept all the default values.
  11. Next, install pulak webservice by clicking at "Foundstone Hacme Bank WebService Setup v2.0 .msi". Until u reach the Dtabase Setup screen, u must select "Trusted Connection" and then click Next sampaila habis operasi install ni. 
  12. after that, restart ur computer.
  13. to the whether ur installation are success or not, go to IE or Mozilla, then type localhost. 2 window akan kuar,yg mane mengatekan "ur web service is now running" and "getting started with IIS". 
  14. Then, double click pada icon website HacmeBank yg anda dah install td, n the HacmeBank homepage shud load. U can test the back-end system by logging into the site with the username: jv, password:jv789 | username:jm, password:jm789 | username:jc, password:jc789
  15. if everything is working correctly, u will be presented with a welcome page. 
  16. Happy Hacking!!!
jika setelah anda megikut semua guide di atas tetapi still xmenjadi penginstallan anda itu, mugkin:
  • anda mempunyai dua .NET service..remove satu daripadanya, gune 1.1...
  • anda on Skype..kerana skype mggunakan port80 sebagaimana hacmebank
  • anda start apache...apache juga mggunakan port 80...so ianya tidak boleh bertindan..hanya salah satu yang akan berfungsi..
  • website anda xrunning...so nk check running ke x, pegi ke Control Panel>>Administrative Tools>>IIS>>local computer>>website...kalu xrunning just click button play pd toolbar.
  • SQL Server anda xrunning..so pegi pd icon SQL Server Service Manager, click button play.
Kalu xjd2 jugak...hermmm...entahla..ak pon tatau...setakat tu je pengetahuan ak..

Annual Dinner,d Ri-yaz Heritage 18 April 09

Annual dinner kali ni mmg kitorang g  secara ad hoc hu2..cz nak cukupkan tempat2 yang kosong dan dah dibayarkan..kire kitorang berhutang la ngeh2..aku n member2 aku; naim,qbee, ilah n k.uda join. kawan2 aku ni walaupun pegi xdirancang, tp mak aih...lawa betul mereka..! hehe naim pulak sempat aku siapkan jahitan manik d lengan bajunya yg dh aku jahit dulu sebelah hik2.. punyela rushing aku jahit cz petang tu aku ade training, balik je training terus serbu bilik minah tu sorang cz aku tkt dia murka hhahah t susahlah negara...huru hara jadinya..

inilah antara member2 yg memeriahkan majlis makan malam ni...

ni kami bergambar bersama dengan ketua program kami; Puan Aznida Hayati Zakaria (duduk d tengah).

nasib baik la makanan kat sini sedap2 semuanya..dgn pemandangan tepi laut yang indah..jd, agak berbaloila penyertaan kami ini..makan xingat dunia dah janji perut kenyang hehe..dah,RM40 tekpun..bleh makan untuk 4 hari tu huahua2.. 

antara acara yang dibuat:
- lucky draw (biasela tu,grup kitorang sorg pun xdpt hu2..mmg xbertuah)
- 5 org yg terkena...diorg kene mempersembahkan pntun dalam macam2 gaye...ha2
- surprise utk Qbee..cz hari ni bday die...kitorg nyanyi ramai2 utk die..
- prince n princess..

and ape yang paling penting, malam sebeginilah di mana kita akan dapat melihat macam2 rope n gaye org melaram semate mate untuk dtg dinner..he2..ade yg ok, yg lawa, yg over, yg mekap tebal,yg sexy dsb..tp apepun, itula ragam2 mase pegi dinner..xleh tengok dah kat mase lain..mase ni je he2...seronot jugak, rase mcm pegi tengok fesyen show pon ade...ngeh2.. 

pd mase org duk sibuk bergambar, aku xbape join..aku tulun amikkan gmbr ade he2..cz aku malaslah...aku sekarang kan dah itam...hu2...so wat rosak gambor je...tggula aku dah balik asal semula aku bergambarla banyak2 ahaks...!

Saturday, April 11, 2009

Kejohanan Terbuka UUM dan Sirkuit Kebangsaan I


Pada 8-12hb aku ikut team UDM pegi tournament ni. Aku, Dayah, Zimah jadi pemerhati je. coz kitorang still new dalam dunia memanah. Bow recurve pon baru dapat sebulan, masih belajar tarik lg. hu2. Ni pegi pun coz coach kitorang suh tengok macamane pertandingan sebenar, debaran die macam mane. Kami menginap d EDC UUM. N betulla cakap coach, memang banyak benda yang kami boleh belajar dari tournament ni. Dari yang tak tau, jadi tau, dari tak faham kami jadi lebih faham. Untuk UDM, team lelaki recurve n compound je yang bertanding. 
RECURVE: Hidayat, Azizul n Ardian.
COMPOUND: Lokman, Nuruddin n Kamir. 
They all done a good job. Walaupun tak menang, tapi performance diorg kire ok la untuk 1st tournament bagi diorang ni, cz kebanyakannya masih baru macam kami. Team UDM mai skali ngan team MSNT. 
RECURVE: Mok Cek, Salam, Doman, Lutfil. 
COMPOUND: Ida. 
Dalam olympic round, Ida dapat pingat emas untuk individu. Memang hebat! Die berdepan ngan peserta dari ATM. Kalau Recurve pompuan n lelaki plak, peserta MSN menang. Then compound lelaki, otai2 yang menang. He2 manela budak2 ni terlawan ngan diorang. Kategori compound ni mmg sangat sengit. Best tengok.Semua hebat2...risau plak bile pikir MASUM nanti. Kami bertige dah kesuntukan mase. tp apepun, kami akan cube yang terbaik!!

Tengokla..kat sini hampir setiap hari hujan. Namun begitu, pertandingan tetap dijalankan mengikut jadual. Mereka semua seperti baru balik dari bendang cz padang penuh dengan selut and becak disebabkan hujan. Baru aku tau, hujan ke, panas terik ke, ribut ke pertandingan xkan delay unless ade petir. Sukan memanah ni sangat mencabar. So kepade siapa yang suke sukan yang mencabar mental dan fizikal, cube la sukan ini. Anda akan jatuh hati. Trust me!!

Sunday, April 5, 2009

Majlis Anugerah Sukan




1st April yg lalu UDM adakan Mjls Anugerah Sukan kat Primula Park Royal. Aku, Dayah n Zimah pegi coz kitorg main acara memanah masa sukan inter-fakulti hari tu. Aku dapat emas 30m, Zimah emas 50m and Dayah plak perak bagi acara 30m n 50m. Malam tu olahragawan n olahragawati dapat 1k seorang. Tahniah k kawan2 atas kejayaan korang semua. Teruskan perjuangan. Main2 jugak, tapi pelajaran jangan abaikan k. Final dah dekat ni...

Apepun..best woo makanan die. Kenyang kitorang malam tu dapat makan free he2. Lastly, majulah sukan untuk UDM! ^_^