
Di sini aku tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan aku kerana salah satu impian aku telah terlaksana iaitu menjadi tunangan kepada 9W2Hotel Romeo Zulu pada 12 September 2010. Majlis tersebut diadakan secara sederhana sahaja dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Aku juga telah berjumpa kembali dengan kakak angkatku ( k.Farah) di zaman persekolahan dulu kala yang mana telah sekian lama aku mencarinya. Aku berjumpanya di Facebook hehe. dan yang paling best, K.Farah juga telah bertunang tetapi pada 16 September 2010, dan bajunya juga biru putih..So Sweet! xsangka sama.

Aku juga dapat anak saudara lagi, lelaki yang diberikan nama Syed Amal Fathi bin Syed Mohd Farid yang telah selamat dilahirkan pada 15 September 2010. Aku dan mak aku ape lagi bergegas ke Kuala Lumpur lepas habis waktu kerja.
Baru-baru ini pada 22/10/2010 aku telah pergi ke Majlis Annual Dinner di Sutra Beach Resort, iaitu Dinner last aku sepanjang bergelar mahasiswi. Tema pada malam itu ialah FairyTale dan RockStar. kawan aku yg duduk serumah dengan aku telah mendapat sponsor pakaian daripada supervisor dia dan akhirnya telah membuahkan hasil di mana beliau telah dinobatkan sebagai MISS POPULAR 2010. :) Anda boleh lihat uniknya sahabat saya pada malam itu dengan 'wingnya'..
Esok merupakan hari presentation praktikal aku di sini. Pensyarah yang dijangka datang adalah Timbalan Dekan Informatik, iaitu Encik Suhailan Dato' Safei. Semoga encik bermurah hati dalam memberikan markah-markah untuk kami esok (aku n naimah) :)
No comments:
Post a Comment